Please turn on JavaScript to view this site properly.
Last Updated on 15 Apr 2024

Apa Itu RAM? 1 Simple Explanation

Random Access Memory (RAM) adalah hardware di dalam komputer di mana operating system (OS), aplikasi programs dan data yang sedang digunakan disimpan supaya dapat dicapai dengan processor dengan lebih cepat. RAM adalah komponen main memory di dalam sesebuah komputer. Hal ini kerana, lebih mudah dan cepat untuk processor ‘read from’ dan ‘write to’ melalui RAM daripada komponen storage yang lain seperti hard disk drive (HDD) atau solid-state drive (SSD) atau optical drive. RAM adalah volatile dimana ia akan menyimpan data di RAM selagi mana komputer kekal terbuka (on) dan akan hilang (lost) apabila komputer telah ditutup (turned off). Apabila komputer direboot, OS dan file yang lain akan di reload ke dalam RAM, selalunya melalui HDD atau SSD.

 

Fungsi RAM

Disebabkan RAM volatile, data tidak dapat disimpan secara tetap (permanent). RAM boleh disamakan seperti ingatan sesorang dimana RAM adalah short-term memory manakala hard disk pula boleh disamakan sebagai long-term memory. Oleh itu, jika RAM telah penuh, processor komputer perlu berulang alik mengambil data dari hard disk ke RAM. Proses ini akan melambatkan proses komputer ketika kita menggunakan komputer (lagging). Analogi lain yang boleh diberi adalah pada sebuah meja. RAM akan mengambil file-file yang terdapat di atas meja terlebih dahulu dan ini lebih cepat berbanding hard disk yang perlu mengambil files dari dalam laci atau daripada rak dan almari.

 

RAM datang dalam bentuk yang kecil di microchips. RAM juga kecil pada jumlah data yang boleh dipegang. Kebanyakan komputer atau laptop biasa datang dengan 8 gigabytes RAM makala hard disk boleh memegang 10 terabytes data. Kebanyakan PC membolehkan user menambah RAM modules sehingga beberapa limit. Dengan adanya RAM yang lebih banyak/tinggi, ia dapat mengurangkan jumlah untuk processor membaca data dari hard disk. RAM access time adalah nanoseconds manakala storage memory access time adalah milliseconds.

 

Berapa jumlah RAM yang diperlukan?

Jumlah yang diperlukan bergantung kepada penggunaan anda. Sebagai contoh, untuk menyunting video, disarankan untuk system mempunyai sekurang-kurangnya 16GB RAM dan lebih dari itu adalah lebih bagus. Untuk menyunting gambar menggunakan Photoshop, Adobe menyarankan supaya system mempunyai sekurang-kurangnya 3GB RAM untuk menggunakan aplikasi (run) Photoshop CC di Mac. Walau bagaimanapun, jika pengguna menggunakan aplikasi (run) lain pada waktu yang sama, bahkan 8GB RAM juga akan tetap memberikan performance yang tidak memuaskan disebabkan ‘lagging’.

 

Di RacunTech, terdapat beberapa jenama RAM yang boleh didapati dengan harga yang sangat BEST seperti jenama Corsair, Kingmax, Kingston, OCPC, Netac, XPG dan banyak lagi. Kesemua jenama-jenama tersebut boleh didapati di RacunTech samada di website www.racuntech.com ataupun boleh didapati di mana-mana cawangan RacunTech seperti RacunTech Setia Alam, RacunTech Cheras, RacunTech Bangi dan RacunTech Penang. Ingat guys, search je www.racuntech.com untuk tengok apa yang ada di kedai kami!

 

Komponen-komponen ini juga ada dijual di Aftershock Malaysia dan Idealtech.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai komponen ini, boleh baca article bahasa English yang terdapat di website Intel di link berikut: https://www.intel.com/content/www/us/en/tech-tips-and-tricks/computer-ram.html  


ram
ram

Written by Sahrul Hazanil