Nampaknya Battlefield V mahu sertai hype Battle Royale. Namun untuk sesuatu game BR untuk berjaya, ia perlu memiliki sesuatu benda yang game lain takde. Apex Legends telah mencipta sebuah game yang dikira paling perfect. So apa yang Battlefield V ada yang lain takde? Dua perkataan. Frostbite Engine. Saksikanlah trailer baru untuk Battlefield V: Firestorm!
Tema World War 2
Apa beza game futuristik dengan game yang tema peristiwa sejarah? Satu adalah fiksyen dan satu lagi adalah real. Battlefield V, seperti yang sebelumnya, memberi pengalaman yang surreal kepada para pemain. Berbanding Apex Legends yang sangat sci-fi, Dice mengambil satu langkah kebelakang dan menggambarkan semula satu peperangan yang sehingga sekarang menghantui dunia. Beza pertama, Apex memberi gambaran seperti sebuah cerita komik. Manakala Battlefield bagai mendengar cerita seorang veteran yang survive Perang Dunia Kedua. Gentle boleh naik bulu roma.
Senjata dan Alatan Untuk Lawan Balik
Dalam ini, semua senjata wujud. Dan semua senjata itu, teruk. Ianya tak bermaksud semua senjata takleh guna untuk lawan. Tetapi ia memberi cabaran kepada pemain untuk mengenali senjata anda dan menggunakannya dengan baik. Takde lagi slide, tembak belakang pokok pastu reload. Setiap tembakan tu ada recoil dan kene reload. Belajar berjimat dan aim dengan betul. Tapi apa jadi kalu peluru habis? Apa lagi violent daripada mati oleh senapang? Mati oleh sekop tanah. Welcome to World War baby!
Traktor, Kereta-Bot Hybrid, Helikopter dan Kereta Kebal
Sejak Perang Dunia Pertama, kereta kebal semakin maju. Dalam game tema Perang Dunia Kedua ini pula, bukan tank saje boleh lawan, guna traktor pun boleh. Asalkan ikat dengan flak cannon sudah masyuk. Satu kekurangan Apex Legends adalah ia takde apa-apa kenderaan untuk dipandu. Respawn buatnya supaya ia adil kepada semua player dan mapnya tidak terlalu besar. Battlefield ttelah mengumumkan sebuah map baru khas untuk mod Battle Royale ini bernama Halvoy. Dikatakan ianya sepuluh kali-ganda lebih besar daripada Hamada, map yang sudah cukup besar dalam game itu. Takde kenderaan dalam ni memang payah la.
Hancurkan Bangunan dengan Letupan
Frostbite Engine sangat terkenal dengan realisme... dan bugnya. Perkara lain yang sinonim dengan engine tersebut ialah betapa gempaknya letupan dan lightingnya. Aku amat tertarik dengan artwork pada kotak game semua game Battlefield. Ianya sangat cantik. Aku bukan yang jenis minta sangat pada game grafik tinggi tapi wow. Takleh nafikan ianya gempak. Apatah lagi fiziknya yang bertahun-tahun ttelah berkembang dan sentiasa improve. Membolehkan real-time realistik interaction anttara player dengan prop. So kalo tembak dinding, ia boleh pecah. Takde lagi dah tembak musuh sambil nyorok belakang pokok. Peluru boleh tembus.
THE FIRESTORM
Game Battle Royale biasanya akan ada Ring yang mengecil setiap beberapa minit. Sebelum ini, ia hanyalah kawasan mempunyai warna lain dan nyawa player akan mula menurun, Tapi dalam Battlefield V, ianya literally sebuah kawasan yang sedang dijilat api. FIRESTORM! Ianya sangat genius dan kreatif. Sangat kena dengan tema realisme World War yang Battlefield sangat terkenal dengan. Ia memberi gambbaran yang suspense kepada player. Daripada ia hanya tolak nyawa pemain, ia sebenar-benarnya menunjukkan kenapa pemain perlu larikan diri.
Battlefield V: Firestorm merupakan update DLC kepada game Battlefield V berharga lebih kurang RM300 bagi standard edition dan RM450 untuk deluxe tapi anda boleh dapatkannya dengan diskaun 50%. Harganya akan jadi RM160 untuk standard dan RM230 untuk deluxe. Dapatkan sekarang sebelum mahal balik. Bagi mereka yang dah beli Batttlefield V, anda akan dapat update secara percuma pada 25 Mac 2019.
Nak ingatkan ianya sekadar dalam game sahaja. Kami di Racun Tech tidak menggalakkan apa jenis keganasan di dunia realiti ini. Game hanyalah sekadar entertainment sahaja. Namun aku percaya bahawa ia mempunyai potensi dalam pendidikan juga. So stick with games. Relak-relak je.
Takde PC cukup power untuk game Battlefield V? Dapatkan sekarang diĀ Racun Tech dengan set combo serendah RM1999!