Please turn on JavaScript to view this site properly.
Last Updated on 15 Apr 2024

#RacunTips: *PUBG Mobile* Mana Nak Cari Loot Terbaik Di Vikendi

So, sekarang ni Vikendi dah keluar di PUBG Mobile dan sis nak share lah lokasi loot terbaik yang ada di map Vikendi ni. Korang boleh baca kat bawah ni;

  1. Cosmodrome  Tempat dengan struktur besar dan banyak tempat berada di bawah tanah. Loot itu biasanya ada di seluruh tempat dan korang mungkin kena banyak bergerak. Tak perlu risau sebab kat situ juga ada banyak tempat korang boleh berlindung. Bangunan tertinggi biasanya terletak di mana loot paling banyak hadir jadi pastikan untuk mengutamakannya.
  2. Castle Castle adalah tempat yang korang senang je nak dapatkan loot tau. Tapi castle ni terletak berhampiran tengah map, ia adalah kawasan yang sangat prioritize. So, senang sangat la korang nak dapatkan loot yang terbaik tanpa cari terlalu lama.
  3. Goroka Bandar ini adalah serupa dengan Pochinki dari Erangel atau ia tempat yang ada banyak struktur yang terletak di antara satu sama lain. Dekat sini korang boleh dengan mudah cari loot yang best yang biasanya cukup untuk skuad lengkap. Tempat ini juga banyak struktur yang mana korang kena beware sikit sebab ada campers berdekatan.
  4. Mount Kreznic Gunung ni ada beberapa loot yang best, tapi tempat itu juga banyak pergerakan naik dan turun kerana orientasi geografinya. Korang boleh gunakan ketinggian untuk melihat musuh. Loot ni kadang-kadang tak cukup, so korang kena gigih sikit lari-lari ke tempat yang berdekatan lah. Haha
  5. Cement Factory Ni adalah tempat best spot di map yang korang boleh dapatkan loot yang baik sebab Cement Factory ni ada macam-macam! Korang boleh banyakkan pergi tempat ni untuk dapatkan macam-macam loot. Banyak senjata yang besar-besar ada dekat sini juga tau. Tapi kat sini juga adalah tempat ramainya musuh, yela diaorang pun nak cari loot juga kan. So, korang kena berjaga-jaga dekat sini. Secara keseluruhannya, kalau korang berjaya merampas tempat ini dengan betul, korang ada peluang untuk menang game ni la.


P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.

Written by RT Admin