Please turn on JavaScript to view this site properly.
Last Updated on 15 Apr 2024

Pengguna Streamyx Akan Dinaik Taraf Ke Unifi Menjelang Mac 2019

Semalam, sis dapati kerajaan telah mengumumkan yang mereka menyasarkan untuk menaik taraf perkhidmatan semua pengguna Streamyx kepada Unifi menjelang tahun hadapan pada bulan Mac. Tapi kenapa kerajaan dan bukan TM sendiri yang umumkan? Hmm

Perkhidmatan naik taraf ini ditawarkan secara PERCUMA tanpa melibatkan apa-apa kos tambahan dan ia kan dinaik taraf secara berperingkat dengan syarat pengguna mesti kena ada di kawasan yang mempunyai capaian Unifi.

Walau bagaimanapun, jika pengguna berada di luar kawasan atau tidak mempunyai capaian Unifi, pengguna ditawarkan dengan alternatif seperti menaik taraf kelajuaan Streamyx mereka sehingga 8 Mbps atau akan menerima capaian 4G LTE yang mempunyai tahap capaian yang lebih baik.


Di samping itu, harga untuk perkhidmatan Streamyx ini akan kekal seperti biasa dan masih belum ada cadangan untuk turunkannya. Korang yang menggunakan Streamyx, boleh check naik taraf untuk akaun korang melalui  laman web rasmi TM hari ini.


P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.


Written by RT Admin
in News